Sepasang suami dan isteri dari Bekasi, wilayah Jawa Barat dekat Indonesia ini menjadi tular gara-gara mempunyai jarak umur yang agak jauh.
Kisah pasangan ini pada mulanya tular menerusi laman sosial Tiktok.
Pebriyanti Hardiansyah, 19, selamat menjadi isteri kepada Nurhadi, 53, yang juga merupakan kenalan ayahnya pada 1 Julai yang lalu.
Mempunyai jarak usia 34 tahun, Pebriyanti lahir pada tahun 2004, manakala suaminya itu pula lahir pada tahun 1970.
Pebriyanti berkata, beliau tidak berasa malu bersuamikan individu yang jauh lebih berusia daripadanya, asalkan ada rasa sayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga.
“Jangan malu jika dikurniakan jodoh berbeza usia. Asalkan dia sayang, bertanggungjawab dan boleh membawa kita ke syurga ALLAH.
“Dunia ini sementara tetapi akhirat selamanya,” ujarnya.
Berkongsikan pengalamannya mengenali suami, Pebriyanti berkata kali pertama dia melihat suami adalah semasa dia masih tadika, sekitar usia lima tahun.
“Dan ketika itulah Abi (Nurhadi) datang ke rumah bersama isteri. Sebelum ini Abi adalah kawan baik ayah saya dan datang menziarahi di rumah,” demikian menurut Pebriyanti.
Bagaimanapun, hubungan baik antara dua keluarga itu terputus seketika apabila kedua-dua keluarga terpisah.
“Terputus hubungan bertahun-tahun sehingga saya akhirnya berusia 19 tahun.
“Baru-baru ini saya tidak tahu mengapa ayah benar-benar ingin berjalan dan bertemu rakan-rakan. Dengan kegigihan, ayah berjaya menghubungi semula kawan-kawan lamanya.
“Dia terus bertanyakan alamat rumah suami kepada orang ramai,” ujarnya.
Ketika melawat ke rumah Nurhadi, mereka mendapat tahu bahawa isteri lelaki itu sudahpun meninggal dunia. Malah, ketika itu juga Nurhadi bergurau tentang perubahan diri Pebriyanti yang kini semakin meningkat dewasa.
“Saya seorang yang berpewatakan periang dan gembira. Bercakap tentang sajian seblak membuatkan kami selesa,” katanya Pebriyanti.
Sejak itu, mereka sering berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan akhirnya masing-masing jatuh cinta.
“Sehingga akhirnya pada 1 Mei 2023, Abi datang ke rumah meminang dan saya dikhabarkan untuk menentukan tarikh perkahwinan iaitu 1 Julai 2023.
“Tentang perasaan yang saya sendiri merasakan kasih sayang yang begitu mendalam. Saya melihat dirinya sebagai figura bapa, kekasih dan sahabat,” katanya lagi.
Tambah lagi, Pebriyanti juga sudah meminta petunjuk daripada Allah SWT, sebelum membuat keputusan mengahwini Nurhadi.
Video perkahwinan pasagan ini telah meraih jutaan tontonan di Tiktok, dengan rata-rata netizen seakan tidak percaya jurang usia mereka yang agak jauh memandangkan keduanya nampak secocok.
Sumber: Sinar Plus / Tiktok