Fosil Reptilia Terbang Terbesar Dari Zaman Jurassic Ditemui Di Scotland

Para penyelidik berjaya menemukan fosil reptilia terbang besar dengan lebar sayap yang dikatakan lebih besar daripada katil bersaiz king.

fosil reptilia terbang terbesar dari zaman jurassic ditemui di scotland

Menurut kumpulan penyelidik di Scotland itu, mereka telah menemui rangka pterosaurus Jurassic terbesar di dunia, sambil menambah bahawa makhluk itu dikenali secara tidak rasmi sebagai pterodactyl.

Dengan lebar sayap kira-kira 2.5 meter atau lebih besar, makhluk itu memberi penerangan “Apabila binatang ini hidup kira-kira 170 juta tahun yang lalu, ia adalah haiwan terbesar yang pernah terbang, sekurang-kurangnya yang kita tahu,” kata Prof Steve Brusatte, pengarang bersama penyelidikan dari Universiti Edinburgh.

Ini bukan kali pertama pterosaurus ditemui di UK.

Terdahulu, pemburu fosil, Mary Anning pernah menemui apa yang digelar sebagai ‘naga terbang’ pada 1828.

Brusatte berkata penemuan baru itu, digelar Dearc sgiathanach yang bermaksud ‘reptilia bersayap’ dan ‘reptilia dari Skye’ dalam bahasa Gaelik Scotland.

“Ia mungkin kira-kira 70 peratus lengkap, yang benar-benar luar biasa untuk pterosaurus, kerana perkara ini sangat sukar untuk difosilkan,” katanya, sambil menyatakan dinding kebanyakan tulang fossil terbabit tidak lebih tebal daripada sehelai kertas.

Brusatte turut berkata, analisis tulang mendedahkan haiwan itu paling-paling pun remaja dan masih membesar, sambil menambah lebar sayap dewasa berkemungkinan melebihi tiga meter.


Sumber: [1]