Pulau Pinang, tidak sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan serantau, namun juga terhadap penduduk dari serata dunia lantaran unsur-unsur makanan dan tempat tarikannya yang menarik.
Oleh kerana itu, ia tidaklah begitu menghairankan untuk melihat pulau tersebut sering menjadi sebutan media antarabangsa.
Namun baru-baru ini, Forbes mengejutkan ramai apabila ia menyebut pulau yang terletak di bahagian utara Malaysia itu sebagai yang ketiga termurah, khusus untuk golongan ekspatriat, sehinggakan mereka mungkin tidak perlu bekerja untuk tinggal di pulau tersebut.
Menurut laman Forbes, menerusi artikel berjudul “15 Tempat Yang Sangat Murah Mungkin Anda Tidak Perlu Bekerja” yang pada kebiasaannya disediakan untuk golongan berada dalam merealisasikan ‘impian kehidupan pulau’ mereka, mereka mengatakan bahawa sesuatu pasangan itu dapat melepaskan pekerjaan harian mereka dan menjalani kehidupan mewah hanya dengan USD$1500 yang bersamaan dengan RM6171.
Tidak ketinggalan, kesemua lokasi yang disebut dalam artikel tersebut turut disusun mengikut kemampuan agar pembaca dapat memilih dengan mudah.
Pulau Pinang menduduki tempat ketiga, selepas Phu Quoc, Vietnam dan Isla Colon, Panama. Turut disenaraikan dalam artikel sama adalah destinasi terkenal lain yang juga terletak berdekatan Malaysia misalnya Bali, Indonesia dan Koh Samui, Thailand.
Berdasarkan hitungan yang dibuat International Living yang juga disebut dalam artikel Forbes, sementara anggaran belanjawan untuk sesuatu pasangan adalah kira-kira RM6171, namun buat golongan bujang pula, mereka hanya memerlukan ‘suku hingga sepertiga lebih rendah’ daripada USD$1500 sebulan atau sekitar USD$1000 sebulan (kira-kira RM4116).
Antara daya tarikan lain di Pulau Pinang yang menjadikannya menarik untuk dilupakan adalah budaya makanannya yang unik selain lokasi strategiknya yang berdekatan dengan beberapa kawasan Asia Tenggara lain yang terkenal seperti Bali dan Thailand.
Memetik dari laman International Living, mereka turut menyebut kos sara hidup di Malaysia adalah empat kali lebih murah berbanding dengan di Amerika Syarikat.
Sumber: [1] [2] [3]