Sekiranya anda memandu selama satu atau dua jam di luar Shanghai atau Beijing, anda pastinya akan terlihat bangunan-bangunan terbiar.
Kebanyakan daripada bangunan-bangunan itu kelihatan moden, tinggi dan bahkan, masih berada dalam keadaan baik. Ia digelar bandar hantu China.
Menerusi satu program bernama 60 Minutes yang ditayangkan di CBS, wartawan Lesley Stahl berjalan ketika waktu yang sepatutnya sibuk namun hampir dengan tiada kereta yang kelihatan di sekitar kawasan itu.
Difahamkan bandar hantu yang paling dikenali di negara tersebut ialah Bandar Baru Ordos, yang juga dikenali sebagai Kangbashi di wilayah Mongolia Dalam.
Bandar tersebut dibina pada sekitar tahun 2000 dan menempatkan satu juta penduduk.
Namun, jumlah tersebut kemudian berkurangan menjadi 300,000 hingga pada tahun 2016, ia menurun menjadi 100,000.
Pada tahun 2015, seorang jurugambar bernama Kai Caemmerer mengembara ke China bagi meneroka bandar-bandar hantu di negara tersebut.
Foto-foto yang ditangkapnya menunjukkan deretan bangunan tinggi yang tidak berpenghuni.
Sebagai tambahan, data dari China Household Finance Survey, sebanyak 21 peratus daripada rumah tersebut, iaitu kira-kira 65 juta unit dilaporkan kosong.
Kesemua unit kosong itu bahkan mampu menempatkan keseluruhan populasi Perancis.
Tetapi tidak seperti di Amerika Syarikat dan Jepun yang mana kebanyakan rumah terbiar dan reput di sesuatu bandar dan wilayah itu telah menyebabkan ia digelar bandar hantu, China bagaimanapun adalah berbeza.
Kesemua rumah tersebut bukan ditinggalkan, ia hanya tidak berpenghuni.
Menurut profesor ekonomi dari Texas A&M University, iaitu Li Gan, kesemua bandar hantu di negara tersebut disifatkan sebagai ‘fenomena China yang unik’.
Sumber: [1]