Gara-Gara Enggan Bayar Hutang, Wanita Upload Sendiri Foto ‘Jenazah’ Dirinya

Seorang wanita sanggup berpura-pura mati selepas dipercayai enggan melangsaikan hutangnya kepada seorang individu lain.

gara-gara enggan bayar hutang, wanita upload foto ‘jenazah’ dirinya sendiri

Wanita yang hanya dikenali sebagai L, sanggup memuatnaik satu hantaran di akaun Facebook menyatakan dia sudah meninggal dunia.

 

Kejadian dilaporkan berlaku di Medan, wilayah Sumatera dimana L memuatnaik foto keadaan dirinya sudah menjadi ‘jenazah’ serta dibalut dengan kain kafan.

 

Dalam hantaran itu, L didakwa meninggal dunia kerana kemalangan di sebuah jambatan serta ‘jenazahnya’ itu akan dikebumikan di Aceh.

gara-gara enggan bayar hutang, wanita upload foto ‘jenazah’ dirinya sendiri

Bagaimanapun helah L terbongkar selepas anaknya mendedahkan ibunya itu masih hidup.

 

Si pemiutang, Maya Gunawan sudah beberapa kali meminta wanita itu melunaskan hutangnya namun wanita berkenaan mengaku tidak mempunyai wang. Sejak itu, L sering mengelak daripada melunaskan hutang tersebut dengan pelbagai helah.

 

Ujar Maya, L berjanji mahu melunaskan hutang pada 20 November lalu, namun apabila tiba hari yang dijanjikan, L meminta agar tempoh pembayaran dilanjutkan sehingga 6 Disember lalu. Tidak lama selepas itu, dia memuatnaik hantaran menggunakan Facebook anaknya mendakwa telah meninggal dunia.

 

Mujur anaknya tampil mendedahkan perkara sebenar bahawa ibunya itu masih hidup dan bertindak sedemikian kerana enggan membayar hutang. Malah Maya turut mendedahkan foto jenazah atas troli mayat itu juga adalah carian daripada Google.

gara-gara enggan bayar hutang, wanita upload foto ‘jenazah’ dirinya sendiri

Anak kepada wanita bernama L itu turut meminta maaf atas perbuatan ibunya itu.

 

Sumber: Tribunews