Elon Musk Rancang Bawa Manusia, Haiwan Pindah Ke Marikh

Bilionair, Elon Musk mempunyai rancangan jangka panjang untuk membawa manusia dan haiwan di Bumi untuk berpindah ke Marikh dengan menggunakan roket yang diberi gelaran ‘Bahtera Nuh Futuristik.’

elon musk rancang bawa manusia, haiwan pindah ke marikh

Musk, 50, bagaimanapun memberitahu majalah Time bahawa rancangan itu diejek saintis yang mengatakan ia satu tindakan yang sia-sia dan amat sukar dicapai.

 

Menurutnya, rancangan untuk membawa manusia dan haiwan ke Marikh adalah rancangan besarnya untuk penerokaan angkasa lepas selepas roket Starship SpaceX mendarat di planet itu dalam lima tahun akan datang.

 

“Perkara yang benar-benar besar seterusnya adalah untuk membina sebuah bandar di Marikh dan membawa haiwan serta makhluk Bumi ke sana.

“Seperti bahtera Nuh yang futuristik,” katanya.

elon musk rancang bawa manusia, haiwan pindah ke marikh

Musk juga telah berulang kali mengatakan bahawa beliau berharap dapat membantu manusia menjelajah Marikh apabila sumber Bumi menjadi kurang dan perubahan iklim Bumi menjadi teruk.

99.9% hidupan bakal musnah, saintis ramal bumi diambang kehancuran

Baca juga: 99.9% Hidupan Bakal Musnah, Saintis Ramal Bumi Diambang Kehancuran

 

Bagaimanapun usaha Musk ini ditertawakan ramai pakar yang mempersoalkan akan kandungan oksigen di planet itu bagi sesuatu hidupan untuk hidup.

 

Malah, saintis lain turut berkata rancangan Musk itu mungkin memakan masa beratus-ratus tahun lagi atau selamanya untuk membuahkan hasil.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN