Elon Musk Mahu Manusia Hidup Di Berbilang Planet

Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk mendakwa mahu semua manusia untuk berhijrah ke planet lain dan tinggal di berbilang planet di alam semesta.

elon musk mahu manusia hidup di berbilang planet

Menurutnya, suatu masa nanti semua spesis hidupan di dunia akan pupus dan satu cara untuk manusia terus berkembang adalah dengan berpindah ke planet-planet lain.

 

“Terdapat 100 peratus kemungkinan semua spesies akan musnah akibat pembesaran Matahari melainkan manusia berhijrah ke berbilang planet,” dakwanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

elon musk mahu manusia hidup di berbilang planet

Musk berkata demikian sebagai membalas kenyataan mengenai satu kajian yang mendakwa terdapat bukti kepupusan besar-besaran keenam melibatkan pelbagai spesis disebabkan aktiviti manusia.

 

Beliau juga amat dikenali dengan cita-citanya untuk menjadikan planet Marikh sebagai Bumi kedua, dengan syarikat miliknya SpaceX telah bertindak membina roket paling canggih dan berkuasa, dikenali sebagai Starship.

 

Tambahnya lagi, dalam masa lima hingga 10 tahun, manusia akan menduduki planet Marikh dengan menaiki roket berkenaan.

 

Bagaimanapun, kos yang tinggi untuk ke Marikh ketika ini menjadi antara halangan yang perlu diatasi.

 

“Pada masa ini, kos perjalanan ke Marikh adalah AS$1 trilion (RM4.18 trilion) justeru, ia tidak munasabah. Kita perlu menjadikannya munasabah

“Kita tidak mahu hanya sampai ke Marikh dan meletakkan bendera seterusnya tidak kembali lagi selama setengah abad seperti misi ke Bulan. Kita perlu menjadi spesies berbilang planet,” katanya.

 

Sumber: [1]