Siapa sangka dengan kemajuan teknologi masa kini, otak manusia mampu digabungkan bersama dengan komputer?
Ia antara impian jutawan teknologi, Elon Musk, yang kini semakin menjadi realiti menerusi ujian yang dibuat keatas seekor monyet bernama Pager.
Dalam otak Pager, telah dipasangkan peranti Neuralink, yang membolehkan monyet itu mengawal permainan video pada skrin. Ia hanya perlu menggerakkan tangan atas dan ke bawah bagi mengawal permainan tersebut.
Peranti itu diimplan dalam dua otak Pager untuk merasai aktiviti neuron.
Sebagai ganjaran, Pager akan diberikan minuman pisang jika berjaya menyelesaikan cabaran video game berkenaan.
Dengan mensasarkan kebebasan digital pesakit lumpuh, dekoder yang dikalibrasikan membolehkan seseorang menggerakkan kursor pada skrin komputer, menaip emel, mesej atau melayari Internet hanya dengan menggunakan minda.
Buat masa ini, ujian klinikal Neuralink hanya diuji pada haiwan dan akan dilakukan kepada manusia tidak lama lagi.
Kontroversi dalam misi dan usaha Elon Musk ini mendapat perhatian ramai termasuk pakar dan ahli akademik kerana ia melibatkan minda dengan komputer berkuasa tinggi.
Sumber: Reuters