Syarikat Ini Lancar Ekor Elektronik Boleh Gerak Mirip Ekor Sebenar

Sebuah syarikat yang dikenali sebagai The Tail Company baru-baru ini telah melancarkan ciptaan terbarunya, miTail, ekor animatronik untuk manusia, yang dapat bergerak sendiri atau melalui aturan daripada telefon pintar.

syarikat ini lancar ekor elektronik boleh gerak mirip ekor sebenar

Anda mungkin tidak pernah tahu bahawa ada syarikat yang telah pun menjual ekor untuk manusia sebelumnya, tetapi Tail Company adalah satu-satunya syarikat yang menjalankan perniagaan ekor manusia yang paling realistik selama lebih dari 15 tahun. Ciptaan terbarunya, miTail, dilancarkan di Kickstarter 2 minggu yang lalu dan telah mendapat derma dari orang ramai dalam masa kurang dari dua jam. Nampaknya, komuniti yang minat untuk memakai ekor lebih besar daripada yang pernah kita bayangkan.

syarikat ini lancar ekor elektronik boleh gerak mirip ekor sebenar

Ekor animatronik miTail mempunyai penutup yang boleh ditanggalkan, pengecasan USB-C yang pantas, sokongan untuk pengecasan power bank yang menjamin penggunaan sehingga 10 jam, D-Clip baru untuk pemasangan semula jadi dan pemasangan satu tangan yang mudah, serta kemas kini yang terbaharu. Ekor miTail baru ini juga adalah 20 peratus lebih ringan daripada Digitail ciptaan mereka sebelum ini.

.

miTail boleh dikawal menggunakan aplikasi Android dan iOS. Ia membolehkan pengguna memilih pelbagai pilihan arahan daripada aplikasi tersebut. 60 saat selepas pengaktifan, ia akan mula bergerak sendiri dengan kelajuan yang berbeza, dengan gerakan rawak, meniru ekor yang sebenar.

syarikat ini lancar ekor elektronik boleh gerak mirip ekor sebenar

Harga untuk aksesori yang luar biasa ini dianggarkan bermula dari 105 paun (kira-kira RM877.05) setiap satu.

.

Bagi melengkapkan set, pengguna pasti minat dengan animatronik EarGear, iaitu telinga mirip haiwan yang juga boleh bergerak dengan sendirinya pada si pemakai.

syarikat ini lancar ekor elektronik boleh gerak mirip ekor sebenar

Sumber: Tail Company