Jarak Dua Pulau Ni Hanya 3.8 KM Tapi Beza Waktu 12 Jam

Tahukah anda, dua buah pulau yang terletak bersebelahan antara satu sama lain pada jarak 3.8 kilometer ini mempunyai beza waktu yang sangat ketara iaitu selama 12 jam.

jarak dua pulau ni hanya 3.8 km tapi beza waktu 12 jam
 
Dikenali dengan nama Big Diomede dan Little Diomede, kedua-dua pulau ini terletak di kawasan tanah besar Alaska dan Siberia di Selat Bering.

jarak dua pulau ni hanya 3.8 km tapi beza waktu 12 jam
 
Meskipun ia sangat berdekatan, pulau Big Diomede adalah pulau milik negara Rusia, manakala pulau Little Diomede adalah milik Amerika Syarikat. Maka, perbezaan waktu antara dua pulau ini adalah mengikut kepada negara masing-masing iaitu 12 jam beza.


Segalanya dikatakan berpunca daripada ‘Perang Dingin’ kedua negara itu pada tahun 1947, sekaligus memisahkan kedua-dua pulau ini. Maka, garisan tarikh antarabangsa menjadi pembatasan antara Rusia dan AS.

jarak dua pulau ni hanya 3.8 km tapi beza waktu 12 jam
 
Jika anda berada di pulau Big Diomede pada 9 pagi Jumaat, maka waktu di Little Diomede adalah sekitar 12 tengahhari Khamis.

jarak dua pulau ni hanya 3.8 km tapi beza waktu 12 jam
 
Sementara pulau Big Diomede hanya didiami oleh kemudahan ketenteraan Rusia, berbeza dengan pulau Little Diomede yang mempunyai sekitar 118 orang penduduk disini.

jarak dua pulau ni hanya 3.8 km tapi beza waktu 12 jam


 
Sumber: Kompas.com, Wikipedia