Dua Beradik Cabar Diri Tidur Atas Buaian Setinggi 21 Meter Di Udara

Dua beradik telah menjadi tular selepas menyahut cabaran untuk tidur di atas buaian yang digantung pada ketinggian 21 meter di udara baru-baru ini.

dua beradik cabar diri tidur atas buaian setinggi 21 meter di udara

Sam Simons, 23 dan adiknya, Ariana Simons, 19, yang sedang mengembara ke bahagian tepi selatan New South Wales, Australia, menemui tebing itu ketika cuti musim panas.

dua beradik cabar diri tidur atas buaian setinggi 21 meter di udara

Bagi menikmati pemandangan indah, mereka membuat keputusan untuk bermalam di atas buaian yang digantung.

 

“Saya sering mengimpikan untuk melakukan perkara ini selama bertahun-tahun lamanya. Saya hanya perlu mencari tebing yang mempunyai bentuk yang tepat (bagi memasang buaian), dan apabila menemui lokasi ini, kami tidak melepaskan peluang tersebut,” kata Sam.

dua beradik cabar diri tidur atas buaian setinggi 21 meter di udara

Menurutnya lagi, aktiviti itu amat menarik kerana mereka boleh melihat matahari terbit dari bahagian atas lembah sambil ditemani bunyi-bunyian burung dan angin.

 

“Ia merupakan tidur paling indah dalam hidup saya,” ujarnya.

 

Bagaimanapun, anda yang tidak mempunyai pengalaman dinasihatkan untuk tidak meniru aksi ini kerana ia amat membahayakan keselamatan anda.

 

Sumber: [1]