Larang Guna Najis Lembu Sebagai Penawar COVID-19 Di India

Orang ramai di India kini digesa untuk tidak menggunakan najis lembu sebagai penawar untuk jangkitan virus COVID-19.

larang guna najis lembu sebagai penawar covid-19 di india

Menurut laporan, pakar perubatan dan doktor berkata tiada bukti saintifik yang boleh menunjukkan keberkesanan bahan berkenaan dalam menghalang penyebaran wabak COVID-19, malah dengannya ia mampu mengundang risiko penyakit lain.

 

Negara India kini sedang dalam keadaan kritikal dengan lebih 22.66 juta kes positif dikesan seluruh negara dengan lebih 246 ribu kes maut.

 

Lebih teruk lagi, ramai pesakit dilaporkan tidak mendapat tempat di hospital, bekalan oksigen dan juga rawatan yang sepatutnya.

 

Disebabkan itu, ramai mula menggunakan kaedah tradisional dengan melawat pusat rawatan lembu sekurangnya sekali seminggu untuk melumur badan dengan najis atau air kencing haiwan berkenaan.

larang guna najis lembu sebagai penawar covid-19 di india

Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik.

 

Beberapa doktor disana juga masih mengamalkan kaedah itu dan percaya ia adalah satu terapi bagi meningkatkan tahap imuniti mereka dalam merawat pesakit tanpa perasaan takut.

 

"Tiada bukti saintifik yang menunjukkan najis atau air kencing lembu mampu meningkatkan tahap imuniti seseorang itu terhadap virus COVID-19.

"Amalan ini hanya berdasarkan kepercayaan yang diturunkan oleh generasi sebelum ini.

"Ia turut mengundang risiko penularan penyakit lain daripada haiwan kepada manusia," kata Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr JA Jayalal.

 

Sumber: Astro AWANI