Doktor Kongsi Pengalaman Berdepan Pesakit ICU Baru Meninggal Bau Sangat Wangi

Kematian adalah batas dan penamat kepada semua benda yang hidup di dunia. Yang mungkin membezakan kita adalah sama ada kita mati dalam keadaan baik atau sebaliknya.

doktor kongsi pengalaman berdepan pesakit icu baru meninggal bau sangat wangi

Seorang doktor melalui ciapan di Twitter telah berkongsi kisah berdepan pesakit yang meninggal dunia, namun jenazah itu pergi dengan keadaan yang sangat wangi.

 

Ujar Dr Ainun Nasihah, segalanya bermula apabila seorang pesakit baru sahaja meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital dipercayai tempat dia berkerja.

 

Ketika jururawat sedang membuat persiapan sewajarnya untuk menghantar jenazah ke bilik mayat, bau harum semerbak mula menyelubungi ruang berkenaan secaa tiba-tiba.

 

 

Doktor itu turut bertanya kepada beberapa individu dalam bilik itu sama ada mereka menggunakan sebarang minyak wangi, namun masing-masing menidakkan ia. Malah, bau wangi itu turut dihidu oleh beberapa individu lain yang berada disitu.

 

Ujar Dr Ainun lagi, bau haruman itu hanya ada dalam bilik yang menempatkan jenazah pesakit berkenaan.

 

 

Perkongsian Dr Ainun di Twitter ini mendapat perhatian ramai warganet yang cemburu dengan pemergian yang disebut sebagai ‘husnul khatimah’ ini.

 

Sumber: Twitter