Doktor Kesan Kes Wanita Hamil Bukan Di Rahim Tapi Di Hati

Aneh tetapi ia berlaku.

doktor kesan kes wanita hamil bukan di rahim tapi di hati

Seorang doktor telah menemui bayi yang membesar di dalam hati seorang wanita.

Menerusi satu video di TikTok, Dr Michael Narvey, seorang pakar neonatologi yang berpangkalan di Kanada menjelaskan mengenai kejadian itu.

Katanya, “Saya ingatkan saya telah melihat semuanya.”

Terangnya, wanita yang berusia 33 tahun itu datang ke hospital dengan sejarah pendarahan haid selama 14 hari dan 49 hari sejak haid terakhirnya.

“Apa yang mereka dapati di dalam hati ialah ini,” kata Dr Narvey sambil menunjuk ke arah janin pada skrin di belakangnya.

“Bayi. Dia mengalami kehamilan ektopik di dalam hatinya.”

Menurut Mayo Clinic, kehamilan ektopik terjadi apabila telur yang disenyawakan tumbuh di luar rahim.

“Kehamilan luar rahim paling kerap berlaku dalam tiub fallopio, yang membawa telur dari ovari ke rahim,” satu bahagian mengenai kehamilan ektopik berbunyi.

“Kehamilan luar rahim jenis ini dipanggil kehamilan tiub. Kadangkala, kehamilan ektopik berlaku di bahagian lain badan, seperti ovari, rongga perut atau bahagian bawah rahim (serviks), yang bersambung dengan faraj.

Bagaimanapun, tambah Mayo Clinic, kehamilan ektopik tidak dapat diteruskan secara normal.

“Telur yang disenyawakan tidak dapat bertahan, dan tisu yang semakin membesar boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa, jika tidak dirawat.”

Kes yang dirujuk oleh Dr Narvey diterbitkan dalam satu kertas kajian pada 2012.

Kerana janin yang terbentuk di dalam hati, wanita itu mempunyai hirisan sepanjang 12 sentimeter di perutnya dan dirawat susulan pendarahan dalaman.

 

Sumber: [1]