Doktor Terkejut Jumpa Lalat Hidup Dalam Usus Pesakit Umur 63 Tahun

Seorang doktor terkejut apabila menemui seekor lalat hidup dalam usus pesakit yang dibedahnya.

doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

Kejadian berlaku di Missouri, Amerika Syarikat ketika pesakit yang berusia 63 tahun sedang dimenjalani pembedahan kolonoscopy, iaitu satu prosedur dimana kamera kecil dimasukkan ke dalam saluran usus untuk melihat sebarang aktiviti tidak normal dalam usus pesakit.

 

Ketika pemeriksaan dibuat, doktor yang menjalankan prosedur kolonoscopy itu terkejut apabila menemui seekor lalat hidup dalam usus pesakit berkenaan pada bahagian kolon sigmoid.

doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

“Kes ini sangat aneh. Masih kekal misteri bagaimana lalat boleh hidup dalam kolon sigmoid pesakit,” kata doktor itu menerusi  American Journal of Gastroenterology.

doktor terkejut jumpa lalat hidup dalam usus pesakit umur 63 tahun

Menurut laporan, 24 jam sebelum beliau menjalani prosedur terbabit, beliau hanya memakan piza dan jeruk dan tidak pula kelihatan sebarang lalat pada makanan yang dijamahnya.

 

Sumber: Oddity Central