Lelaki Ditinggalkan Isteri Gara-Gara Beri Nafkah RM8.80 Sehari

Seorang lelaki yang juga suami mendedahkan kisahnya yang ditinggalkan isteri gara-gara memberi wang nafkah sebanyak 30,000 rupiah (kira-kira RM8.80) sehari.

lelaki ditinggalkan isteri gara-gara beri nafkah rm8.80 sehari

Kisah lelaki itu diceritakan menerusi aplikasi TikTok yang mana mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan selama satu minggu.

 

Lelaki itu yang bekerja sebagai buruh binaan bagaimanapun terpaksa menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak dapat menerima hakikat menerima wang nafkah sebanyak itu.

 

“Isteri saya menceraikan saya kerana dia diberi nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari.

“Ia juga disebabkan oleh pekerjaan saya sebagai buruh. Keadaan rumah yang buruk membuatkan isteri meninggalkan saya walaupun kami baru seminggu bernikah,” kata lelaki itu.

 

Video tersebut menjadi tular dengan ramai warganet meninggalkan pelbagai komen berbeza. Ada yang bersimpati dengan nasib lelaki itu, dan ada juga yang mempersoalkan nilai wang sebanyak itu pada zaman sekarang ini.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN