Lelaki Ini Ditahan 5 Kali Dalam 3 Hari Kerana Wajah Mirip Penjenayah

Seorang lelaki dari China ini mungkin telah melalui minggu yang teruk dalam hidupnya kerana telah ditahan pihak berkuasa sebanyak lima kali dalam masa tiga hari.

 

Namun begitu, beliau ditahan bukan kerana telah melakukan kesalahan, sebaliknya hanya kerana mempunyai wajah yang mirip dengan penjenayah yang paling dikehendaki di Wilayah Jilin, China.

lelaki ini ditahan 5 kali dalam 3 hari kerana wajah mirip penjenayah

Pada Oktober 2021, seorang penjenayah bernama Zhu Xianjian berjaya melarikan diri dari penjara di wilayah Jilin, dekat timur laut negara China. Pihak berkuasa bergegas mencarinya, tetapi selepas menghabiskan masa sekian lama, mereka terpaksa menawarkan ganjaran sehingga 700,000 yuan, untuk sebarang maklumat mengenai keberadaan banduan itu.

 

Disebabkan wajah lelaki yang tidak disebut namanya ini mirip dengan penjenayah itu, ia menjadikannya sebagai sasaran berharga dan telah ditangkap oleh polis tidak kurang lima kali dalam tiga hari. Sepanjang tempoh itu juga, ada yang mencadangkan kepadanya untuk menggantungkan kad pengenalan dileher supaya tidak tersalah ditahan pihak berkuasa.

 

Bagaimanapun mimpi ngeri lelaki ini tidak berpanjangan kerana penjenayah sebenar telah berjaya ditahan pada 28 November lalu. Beliau kini boleh berjalan ditempat awam dengan aman dan tidak lagi risau ditahan kerana mempunyai wajah mirip seakan penjenayah.

 

Sumber: [1]