Panik! Wanita Ini Menangis Tertelan AirPod Kerana Disangka Ubat Tahan Sakit

Seorang wanita dari Massachusetts, Amerika Syarikat mengalami serangan panik apabila secara tidak sengaja tertelan fon kepala tanpa wayar atau airpod, kerana menyangka ia adalah ubat tahan sakit.

panik! wanita ini menangis tertelan airpod kerana disangka ubat tahan sakit

Beliau yang membuat perkongsian itu menerusi video di Tiktok turut menangis sejurus insiden malang itu berlaku.

 

“Saya termakan sebelah kiri Airpod.

“Saya berada di katil dan memegang pil ibuprofen 800 (pil tahan sakit), manakala Airpod di sebelah tangan.

“Saya telah sesuatu dan ambil air botol untuk minum.

“Kemudian baru saya sedar saya telah itu bukanlah pil ibuprofen. Saya cuba memuntahkannya tapi ia tidak keluar. Saya dah hilang akal,” katanya sambil menangis.

panik! wanita ini menangis tertelan airpod kerana disangka ubat tahan sakit

Menurut wanita yang dikenali sebagai Carli itu berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau menumpang tidur di rumah rakannya di Somerville, 5 November lalu.

 

Keesokkan harinya beliau mematikan hubungan AirPod dan menerima notifikasi daripada telefon yang tertera, “Satu AirPods Pro bergerak bersama anda untuk seketika,”

panik! wanita ini menangis tertelan airpod kerana disangka ubat tahan sakit

8 November lalu, Carli memaklumkan kepada pengikutnya di laman sosial bahawa AirPods itu telahpun keluar dari sistem badannya. Beliau juga telah menjalani imbasan sinar-X untuk mengesahkan bahawa organ dalamannya tidak mengalami kecederaan disebabkan insiden itu.

 

Sumber: [1]