Wanita Dipaksa Letak Jawatan Gara-Gara Terlalu Cantik

Seorang wanita yang menyandang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah disebuah hospital terkemuka di Transylvanis, Romania, dipaksa meletakkan jawatannya gara-gara terlalu cantik.

wanita dipaksa letak jawatan gara-gara terlalu cantik
 
Wanita berkenaan, Claudia Ardelean, 27, juga seorang bekas model dan ratu cantik diminta mengundurkan diri tidak lama selepas beliau dilantik menyandang jawatan itu.

wanita dipaksa letak jawatan gara-gara terlalu cantik
 
Claudia juga dilaporkan mempunyai dua ijazah iaitu dalam bidang undang-undang serta pengajian Eropah. Beliau dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Hospital Klinikal Pneumophthisiology pada 8 Feb lalu, namun tidak dibayar gaji.

wanita dipaksa letak jawatan gara-gara terlalu cantik
 
Claudia juga pernah berkongsikan berita gembira dilantik sebagai ahli lembaga pengarah menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

wanita dipaksa letak jawatan gara-gara terlalu cantik
 
Namun begitu, perkongsian Claudia ini tidak disenangi ramai termasuklah dituduh mendapat jawatan berkenaan kerana kecantikannya. Ekoran daripada itu, Claudia dipaksa untuk meletakkan jawatannya susulan menerima pelbagai kritikan dari orang ramai.

 
 
Sumber: The Sun