Wabak COVID-19 masih lagi berada dalam komuniti kita dan peningkatan sangat ketara dalam kes jangkitan baharu dilaporkan sedang berlaku di China.
Terbaharu, seorang wanita di China telah dipaksa oleh mentuanya untuk bercerai dengan suami selepas dijangkiti wabak itu baru-baru ini.
Menurut laporan, wanita bernama Liu terpaksa menjalani kuarantin dan berehat selepas beliau disahkan positif COVID-19.
Namun keluarga mentua Liu tidak memahami keadaannya, malah turut memarahi Liu kerana tidak mampu menjaga anak-anak selain tidak melaksanakan tugas sebagai isteri dengan baik.
Disebabkan itu, ibu mentua Liu meminta agar dia bercerai dengan anak lelakinya kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu disebabkan positif COVID-19.
Klip video yang tular menunjukkan Liu sedang berada di atas katil, sambil suaminya mendukung anak mereka dan mentua Liu di tengah sambil marah serta bercakap kasar.
Mentua Liu memarahinya kerana membawa COVID-19 ke rumah. Tambah lagi, mentuanya turut akan membayar wang sebanyak 50,000 Yuan jika dia bersetuju bercerai dengan anak lelakinya itu.
Suami Liu dilihat hanya mendiamkan diri ketika kejadian.
Insiden itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengkritik tindakan mentua Liu kerana tidak berperikemanusiaan serta kejam.
Sumber: Kosmo!