Pelanggan Dilarang Panggil Pemilik Kedai Panggilan ‘Makcik’

Sebuah kedai yang terletak di Taiwan telah mencuri perhatian ramai gara-gara kain rentang yang dipasang pemilik kedainya.

.

Kain rentang itu memaklumkan larangan pelanggan berumur 18 tahun ke atas memanggil pemilik kedai dengan panggilan ‘makcik’.

.

Foto yang dirakam seorang individu yang kebetulan singgah di kedai berkenaan di Bandar Taoyuan telah menjadi tular di Facebook minggu lalu.

.

“Makcik, saya ingin memesan sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk,” kata pelanggan tersebut.

.

Namun permintaan itu tidak diendahkan dan ia membuatkan pelanggan terbabit terpinga-pinga. Kemudian pelanggan lain yang duduk disebelahnya menunjukkan kain rentang yang tergantung di pintu hadapan.

pelanggan dilarang panggil pemilik kedai panggilan ‘makcik’

Kain rentang itu tertulis: “Bagi memastikan standard makanan yang dihidang memuaskan, mereka (pelanggan) yang berumur 18 tahun ke atas tidak dibenarkan memanggil tuan kedai dengan panggilan ‘Mak Cik’.”

.

Selepas membaca kain rentang itu, pelanggan terbabit mencuba semula dan memanggil dengan panggilan lain.

.

“Bos wanita yang cantik, saya ingin sepotong ayam salai dengan bawang dan segelas susu sejuk.”

.

Permintaan itu akhirnya mendapat perhatian pemilik kedai dan dibalas dengan jawapan; ‘Kain rentang itu dibuat untuk orang seperti anda.’

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN