Seorang individu dipercayai pengunjung telah mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila dengan sengaja membuang air kecil ke dalam kawah gunung berapi Kilauea di Hawaii baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, lelaki itu dilihat kencing di puncak Gunung Kulauea ketika letusan sedang berlaku.
Tindakan itu nyata tidak menghormati alam semula jadi, tambah pula gunung berapi yang aktif itu adalah simbolik yang amat penting kepada penduduk setempat.
“Ramai orang luar tidak memahami bagaimana perasaan kami, ‘kanaka’ (penduduk pribumi Hawaii) terhadap hubungan dengan tempat dan ruang di pulau yang didiami ini,” kata Wong-Kalu.
Menurut legenda, kawah alemaʻumaʻu, yang terletak di puncak Gunung Kilauea merupakan rumah kepada Pele iaitu dewa api dan gunung berapi di Hawaii.
Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan individu itu adalah pengunjung atau penduduk tempatan, namun media sosial Instagramnya telah pun ditutup selepas menerima kecaman netizen.
Sumber: Kosmo!