Tak Tahan ‘Diganggu’, Wanita Ini Akhirnya Buang Mainan Anak [Video]

Seorang wanita yang juga ibu tidak lagi mampu menahan diri daripada terus diganggu makhluk mistik, lalu nekad membuang satu permainan milik anak kecilnya.

tak tahan ‘diganggu’, wanita ini akhirnya buang mainan anak [video]

Menerusi perkongsian di Tiktok, wanita itu berkongsi kisah mistik daripada mainan berbentuk rusa/kuda milik anaknya.

 

Ujar wanita yang dikenali sebagai Sara, terdapat banyak kejadian aneh berlaku dalam rumahnya seperti anaknya seolah-olah bermain dengan seseorang/sesuatu setiap kali bersama mainan tersebut.

 

@sarasaera1 korang ada mainan ni ? #fyp #horror ♬ Ghost Twins Singing - Horror Sound Effect - Ultimate Horror Sounds

 

“Terlalu banyak sangat gangguan datang dari benda ni. Anak aku seolah-olah main dengan seseorang bila dia main benda ni.

“Semalam ada tetamu datang tidur bahagian ruang tamu, pagi tu dia bagitahu aku dia tak dapat tidur dengar macam orang mendengus marah berkali-kali. Dia yakin bunyi tu dari benda ni!” ujar Sara.

 

Beliau yang bimbang dengan gangguan itu kemudian bertindak nekad membuang mainan tersebut di satu tempat pembuangan sampah.

 

@sarasaera1 Replying to @adikk2k #fyp #horror ♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga berkongsi pengalaman serupa diganggu oleh sesuatu menerusi permainan ini.

tak tahan ‘diganggu’, wanita ini akhirnya buang mainan anak [video]

Sumber: Tiktok