Didenda Kerana Kentut Di Depan Polis, Lelaki Austria Dakwa Ia Kebebasan Untuk Berekspresi

Macam tak masuk akal namun itulah yang terjadi di Austria, yang mana seorang lelaki didenda 500 euro (RM2481) akibat kentut dengan kuat di khalayak ramai.

didenda kerana kentut di depan polis, lelaki austria dakwa ia kebebasan untuk berekspresi

Kejadian tersebut berlaku di Vienna yang mana lelaki tersebut dikatakan telah menyinggung perasaan sopan santun dengan kentut secara provokatif di hadapan pihak polis.

Namun, setelah membuat rayuan, lelaki tersebut dilaporkan telah dikurangkan jumlah dendanya kepada 100 euro (RM496).

Ketika mempertahankan dirinya di mahkamah, lelaki tersebut membantah jumlah denda besar yang dikenakan terhadap dirinya dengan mengatakan bahawa ia merupakan satu proses biologi dan mendakwa bahawa melepaskan angin tersebut harus dianggap sah bawah kebebasan bersuara biarpun dilakukan dengan sengaja.

Semuanya terjadi apabila lelaki tersebut bangun dari bangku di sebuah taman, yang mana dia terserempak dengan pihak polis.

Lelaki tersebut kemudiannya dikatakan melihat pihak polis sebelum melepaskan angin tersebut.

Pihak polis pula mengatakan bahawa lelaki tersebut seolah-olah bersikap provokatif ketika melepaskan anginnya dan tidak bekerjasama ketika dia diminta untuk memperkenalkan dirinya sendiri.

Di Austria, kebebasan bersuara terdiri daripada pelbagai bentuk termasuk suara dan komunikasi serta tidak hanya terbatas pada ucapan sahaja.

Semasa mengendalikan kes tersebut, pihak pengadilan mengatakan suara atau komunikasi mesti mempunyai maksud maksud komunikatif namun ia tidak begitu tepat untuk digunakan dalam kes tersebut.

Tapi, mahkamah menganggap tindakan lelaki itu tidak masuk akal kerana cara komunikasi tersebut dianggap melampaui batas kesopanan.

Walaubagaimanapun, mereka mengurangkan denda tersebut kerana ia merupakan kesalahan pertama yang pernah dilakukan lelaki itu.

Ini bukanlah kejadian pertama yang pelik yang melibatkan insiden kentut.

Terdahulu, seorang wanita berusia 48 tahun mengatakan bahawa dia dilaporkan menghasilkan $4,200 iaitu kira-kira RM17,291 sebulan hanya dengan menjual video kentutnya dalam talian.

Emma Martin, yang merupakan seorang bekas ejen pelancongan, telah menceburkan diri dalam perniagaan pelik ini sejak 1999 yang mana dia sekarang mengenakan bayaran $4.99 (RM20.54) sebulan untuk netizen yang berminat menontonnya melepaskan gas dalam talian.

 

Sumber: [1]