Kenali Lelaki Dari Jepun Yang Dibayar Untuk Tidak Buat Apa-Apa

Seorang lelaki di Jepun telah menjadi perhatian ramai selepas mampu memperoleh wang yang lumayan untuk tidak melakukan apa-apa.

dibayar lebih rm300 sejam hanya jadi peneman keluar

Shoji Morimoto memperkenalkan perkhidmatan teman pelanggan dengan caj bayaran sehingga RM319 sejam untuk setiap sesi.

 

Perkhidmatan yang dibuat juga mudah iaitu tidak melakukan apa-apa tetapi hanya menemani pelanggannya makan malam, bersiar-siar di taman atau menjadi pendengar luahan mereka.

 

Shoji Morimoto mengambil upah untuk menjadi diri sendiri dan tidak perlu berpura-pura atau menyamar.  Beliau juga tiada pekerjaan lain yang perlu dilakukan, hanya menjalankan perkhidmatan ini sepenuh masa.

dibayar lebih rm300 sejam hanya jadi peneman keluar

“Apa yang saya maksudkan dengan tidak melakukan apa-apa adalah saya makan dan minum bersama pelanggan dan menjawab beberapa soalan mudah yang mereka ajukan,” jelasnya.

 

Sejak mula dilancarkan pada 2018, Morimoto telah menerima ramai pelanggan dan telah bekerja selama lebih 4,000 kali.

 

Dalam pada itu, lelaki ini turut mengenakan caj tambahan untuk pengangkutan dan jika tugasan pada waktu malam, pelanggan itu perlu juga mencari makanan untuknya.

 

Sumber: Siakap Keli