Pernahkah anda ke stadium untuk menyaksikan mana-mana perlawanan bola sepak secara langsung?
Kemeriahan menonton perlawanan bola sepak di stadium pasti tidak sama dengan apa yang dirasai penonton di stadium ini kerana pada bila-bila masa sahaja mereka perlu melihat kereta api melintasi pemandangan mereka di tengah padang.
Stadium yang terletak di Cierny Balog, sebuah pekan kecil di Slovakia, menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana stadium itu cukup unik dan berbeza dengan stadium lain di dunia.
Mana tidaknya, stadium itu turut mempunyai landasan kereta api Čiernohronska Railway yang masih aktif digunakan, dan pada bila-bila masa sahaja ketika anda sedang menyaksikan perlawanan bola sepak, akan ada kereta api melaluinya.
Difahamkan stadium itu dibina sekitar tahun 1980-an, yang mana ketika itu laluan kereta api itu tidak lagi digunakan. Namun ia sengaja dibiarkan disitu dengan tujuan asalnya untuk sekadar hiasan. Namun pada tahun 1990-an, pihak berkenaan mahu menggunakan semula laluan terbabit, maka kereta api terpaksalah melalui laluan dalam stadium.
Sumber: Oddity Central