Cucu Tipu Nenek Selama 13 Tahun, Sewa Wanita Lain Untuk Berlakon Sebagai Ibunya

Seorang wanita dari China memutuskan untuk berbohong kepada neneknya selama 13 tahun, semuanya gara-gara perasaan sayang terhadapnya.

cucu tipu nenek selama 13 tahun, sewa wanita lain untuk berlakon sebagai ibunya

Memetik laporan Oddity Central, wanita tersebut yang dikenali sebagai Chen Jing telah menyimpan pembohongan itu selama 13 tahun sebelum neneknya akhirnya meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Chen mengakui dia sengaja berbohong kepada neneknya kerana dia menyangka neneknya tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa anaknya, yang juga merupakan ibu Chen, telah meninggal dunia.

Demi meyakinkan neneknya, Chen malah mengupah seorang wanita untuk berlakon menjadi ibunya sepanjang tempoh 13 tahun itu.

Wanita itu ditugaskan meniru suara ibu Chen menerusi telefon untuk menyelamatkan neneknya daripada sebarang perasaan kesedihan.

Ibu Chen, iaitu Chen Congrong, sebelumnya mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan neneknya. Walaupun, mendiang didiagnosis menghidap barah paru-paru pada 2003, hubungannya dengan ibunya itu tetap sahaja erat yang mana mendiang juga dikatakan sering menelefon ibunya sekerap mungkin untuk berkongsi mengenai keadaan semasanya.

Bagaimanapun, menyedari bahawa dia tidak mempunyai banyak waktu untuk hidup, ibu Chen bahkan telah merakam puluhan pesanan suara dan meminta anaknya untuk memainkan rakaman tersebut kepada neneknya.

Demi menghormati permintaan terakhir ibunya, Chen kemudian menunaikan perkara tersebut seperti mana yang disuruh.

Pada mulanya, pembohongan tersebut berjalan lancar, namun kemudian Chen menyedari sekiranya dia terus memainkan rakaman, neneknya akan menjadi curiga dan mengetahui perkara sebenarnya.

Chen kemudian mula mencari dan mengupah seseorang yang kedengaran serupa dengan mendiang ibunya untuk meyakinkan neneknya bahawa semuanya baik-baik sahaja.

Entah bagaimana selama 13 tahun, Chen dan wanita yang berpura-pura menjadi ibunya itu berjaya memperdaya nenek tersebut sehingga membuatkannya percaya bahawa anaknya itu masih hidup.

Chen Weiping, wanita yang berpura-pura menjadi ibu Chen itu, akan menelefon neneknya sekerap mungkin dan memberi pelbagai alasan mengenai mengapa dia tidak dapat melawat.

Bagaimanapun, cucu-cucunya yang lain sering datang menziarahi nenek itu. Tetapi, tentunya ada kalanya nenek itu benar-benar ingin bertemu dengan satu-satu anaknya itu, namun sayang, kerana hasrat tersebut tidak berupaya untuk dipenuhi sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN