Cuaca Panas Betul Sampai Boleh Goreng Telur Atas Bonet Kereta!

Jika anda merasakan cuaca ketika ini sangat panas, anda sebenarnya tidak keseorangan kerana fenomena ini turut dirasai beberapa negara lain seluruh dunia.

cuaca panas betul sampai boleh goreng telur atas bonet kereta!

United Kingdom misalnya mengalami keadaan cuaca terik sejak beberapa hari lalu, hingga cukup untuk menggoreng sebiji telur secara terus pada atas bonet kereta.

cuaca panas betul sampai boleh goreng telur atas bonet kereta!

Memetik laporan dari Daily Star, cuaca terik di negara itu dijangka mencecah lebih 30 darjah Celsius untuk beberapa hari ini.

 

“Secara purata kami menjangkakan suhu adalah sekitar 21 darjah Celsius untuk beberapa hari mendatang ini. Namun jika secara terus kepada cahaya matahari, besar kemungkinan ia boleh mencecah lebih 30 darjah Celsius, yang mana ia cukup untuk menggoreng telur pada bonet kereta. “Keadaan ini boleh menyebabkan sunburn, jadi orang ramai dinasihatkan berhati-hati,” ujar pakar kaji cuaca di British Weather Services, Jim Dale.

 

Sumber: [1]