COVID-19: Wanita Yang Disangka Meninggal Dunia Tiba-Tiba Tersedar Beberapa Minit Sebelum Dibakar

Hanya beberapa minit sebelum upacara pembakaran mayatnya bakal dilangsungkan, seorang warga emas yang dipercayai meninggal dunia akibat COVID-19 tiba-tiba tersedar!

covid-19: wanita yang disangka meninggal dunia tiba-tiba tersedar beberapa minit sebelum dibakar

Menurut laporan media tempatan, warga emas yang dikenali sebagai Shakuntala Gaikwad, 76, itu disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sebelum dibawa ke hospital pada 10 Mei setelah keadaan kesihatannya dikatakan semakin merosot.

Ketika menerima rawatan di hospital, wanita tersebut difahamkan tidak sedarkan diri. Lantaran itu, dia disangka telah meninggal dunia.

Susulan itu, ‘mayatnya’ itu dibawa pulang ke rumah untuk diuruskan upacara pengebumian.

Namun, ketika upacara pembakaran mayat sedang dilakukan, Gaikwad dikatakan tiba-tiba membuka mata lalu menangis.

Menurut pihak polis, Gaikwad kemudian dikejarkan ke Hospital Silver Jubilee untuk menerima rawatan.

Terdahulu, India mencatatkan lebih 326, 000 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam pada Sabtu lalu.

Sepanjang minggu lepas sahaja, negara terbabit telah merekodkan lebih 1.7 juta kes COVID-19 dengan jumlah kematian yang mencecah 20, 000 kes.

Kenaikan mendadak ini sekali gus telah mengakibatkan sistem kesihatan negara tersebut mengalami kelumpuhan lagi-lagi di kawasan pedalaman.

 

Sumber: [1]