Dalam Seminit, Lelaki Ini Boleh Tiup 10 Belon Guna Hidung

Kita mungkin biasa meniup belon dengan menggunakan angin dari mulut. Tapi pernah anda cuba meniup belon menggunakan hidung?

 

Lelaki dari Idaho, Amerika Syarikat ini membuktikan beliau adalah berbeza dengan orang lain kerana mampu meniup 10 biji belon menggunakan hidungnya dalam satu minit.

dalam seminit, lelaki ini boleh tiup 10 belon guna hidung

Disebabkan kebolehan itu, lelaki yang dikenali sebagai David Rush telah mencipta rekod dunia baharu dalam cubaan meniup belon paling banyak dalam seminit menggunakan hidung.

 

“Saya berasa amat hebat. Sebanyak 10 belon ditiup dalam masa satu minit menggunakan hidung saya,” katanya.

Rush pernah cuba mencipta rekod ini kira-kira lima tahun lalu namun disebabkan faktor kesihatan seperti selesema, alahan dan lain-lain menghalangnya untuk mengatasi rekod sebelum ini iaitu sembilan biji belon.

dalam seminit, lelaki ini boleh tiup 10 belon guna hidung

Selain rekod dunia meniup belon menggunakan hidung, Rush mempunyai hampir 250 rekod dunia Guiness  yang lain termasuklah juggler terpantas dan paling perlahan di dunia.

 

Tambah Rush lagi, beliau mahu memecahkan rekod dunia pada setiap minggu dalam pelbagai acara.

 

Sumber: Kosmo!

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN