Cipta Rekod Dunia Pakai 10 Pelitup Muka Dalam 7.35 Saat, ‘‘Ini Pun Boleh Ke?’’

Ramai manusia di seluruh dunia melakukan pelbagai perkara yang unik dan gila untuk mendapatkan nama mereka dalam buku rekod dunia. Rekod dunia yang diiktiraf adalah menerusi pengiktirafan oleh The Guinness World Records.

 

Baru-baru ini, seorang remaja lelaki, George Peel, telah mencipta rekod dunia dengan memakai 10 keping pelitup muka dengan masa paling pantas di dunia iaitu 7.35 saat.

cipta rekod dunia pakai 10 pelitup muka dalam 7.35 saat, ‘‘ini pun boleh ke?’’

Video yang dikongsikan badan pengiktirafan rekod dunia menerusi di Instagram telah mendapat perhatian ramai.

 

 

“Saya boleh lawan rekod ini,” kata salah seorang warganet pada komen.

“Manusia sering melakukan perkara aneh, macam ni pun ada ke?” kata seorang lagi pengguna internet pada ruangan komen itu.

 

Sejak pandemik COVID-19, pemakaian pelitup muka menjadi salah satu norma baharu kehidupan manusia di seluruh dunia. Tak kira berapa pantas anda boleh memakai pelitup muka, pakailah dengan sempurna kerana ia mampu menghalang anda daripada dijangkiti wabak berkenaan.

 

Sumber: [1]