Boleh Cipta Mesin Masa, Tapi Penumpang Mungkin Selamanya Tinggal Di Masa Silam

Merentasi masa merupakan satu konsep yang sering di bincangkan oleh para pengkaji. Alat yang digunakan untuk perjalanan merentasi masa disebut sebagai mesin masa.

boleh cipta mesin masa, tapi penumpang mungkin selamanya tinggal di masa silam

Seorang peminat teori perjalanan masa mendakwa telah mengetahui bahawa kos sekitar £90 juta (kira-kira RM400 juta) diperlukan untuk membina mesin masa yang pertama di dunia.

 

Mesin masa yang dilengkapi dengan bahan seperti magnet superkonduktor, mungkin membolehkan seseorang untuk kembali ke masa silam, namun ciptaan itu besar kemungkinan tidak akan mengembalikan seseorang itu dari masa silam kepada masa sekarang.

boleh cipta mesin masa, tapi penumpang mungkin selamanya tinggal di masa silam

"Saya telah cuba mengira anggaran secara tentatif; $100 juta mungkin mencukupi (ia sangat murah, sebenarnya). Bahan-bahannya: mungkin magnet superkonduktor (tetapi masih belum jelas) + kapal angkasa (namun, tanpa penggalak dan mungkin dengan sistem komunikasi yang tidak begitu canggih),” jelas individu terbabit.

 

Kata individu itu lagi, teori rekaan mesin masanya itu tidak akan mengembalikan seseorang yang merantau ke masa silam untuk pulang ke masa kini.

 

Bagaimanapun sehingga kini teori pengembaraan masa masih belum dapat disahkan.

 

Sumber: Daily Star