Memang tidak dinafikan, China terkenal dengan barangan atau produk jenama tiruan yang dipasarkan bukan sahaja dalam negara, malah hingga ke negara lain seluruh dunia.
Namun siapa sangka, banyak-banyak barangan yang ditiru, mereka kini berjaya meniru menara ikonik di Paris iaitu Menara Eiffel.
Menara Eiffel yang diciplak itu terletak di bandar Tianducheng dekat Zhejiang, mula dibina dengan perancangan asal untuk menempatkan 10,000 penduduk di kawasan itu. Namun selepas 9 tahun, kawasan itu masih sunyi sepi.
Mereka bukan sahaja meniru Menara Eiffel, malah air pancut terkenal Le Fontaine de l'Observatoire di Paris juga dibuat disitu namun ia kering-kontang kerana tiada orang yang mahu melawat tempat berkenaan.
Seorang jurugambar dari Paris, Francois Prost pernah berkunjung ke bandar berkenaan, dan mendakwa bandar itu langsung tidak sama dengan tempat kelahirannya kerana ada banyak perbezaan jelas.
Antara sebab kenapa tiada tarikan dikawasan ini adalah kerana harga hartanah terlalu tinggi, selain dari perubahan pada perkembangan ekonomi dunia yang membuatkan hanya sebahagian kecil sahaja tertarik untuk melabur di bandar berkenaan.
Selain Paris di Tianducheng, beberapa bandar di China turut menampilkan bangunan ikonik tiruan seperti bangunan Rumah Putih, Tower Bridge dan Marina Bay Sands.
Sumber:
The Independent