Burger Golongan Kayangan, Harga Setiap Satu Cecah RM25,000

Berapakah harga burger paling mahal yang pernah anda makan?

 

Sebiji burger yang dinamakan The Golden Boy merupakan burger paling mahal di dunia, dibuat menggunakan 100 peratus daging wagyu, kaviar Beluga, ketam gergasi dan pelbagai lagi bahan premium lain.

burger golongan kayangan, harga setiap satu cecah rm25,000

Dicipta oleh pemilik restoran Dutch De Daltons, Robbert Jan de Veen, beliau memecahkan rekod burger paling mahal sebelum ini iaitu AS$ 5,000 (kira-kira RM24,000) yang pernah dibuat pada tahun 2011.

 

Beliau melihat ia sebagai satu yang menarik untuk dicuba, maka terciptalah burger ciptaannya bernilai AS$6,000 (kira-kira RM25,000).

burger golongan kayangan, harga setiap satu cecah rm25,000

Bezanya, burger yang dihasilkan beliau adalah untuk dimakan seorang, berbanding burger ciptaan orang lain yang boleh dimakan beramai-ramai.

 

"Saya berfikir untuk menghasilkan burger termahal tapi hanya untuk dimakan seorang individu saja.

"Itu memperlihatkan burger yang dihasilkan paling mahal," katanya.

 

Bagaimanapun, ekoran daripada pandemik yang sedang melanda, operasi restorannya tergendala membuatkan beliau turut merasa tertekan dan mengambil keputusan mencipta burger termahal ini.

 

Hasil jualan burger termahal itu juga akan disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.

 

Sumber: News18

ARTIKEL BERKAITAN