Lupakan Sunblock, Ini Adalah Cermin Mata Penuh Kalis UV

Jika kebiasaannya kita menggunakan cermin mata hitam atau jenis kalis UV bagi mengelakkan silau pancaran cahaya matahari, berbeza pula dengan cermin mata yang direka sebuah syarikat di Jepun ini.

lupakan sunblock, ini adalah cermin mata penuh kalis uv

Syarikat Jepun, ZGHYBD telah mengambil langkah penuh drastik dan ekstrem dengan memperkenalkan cermin mata penuh kalis UV untuk dipakai seseorang ketika berada diluar.

lupakan sunblock, ini adalah cermin mata penuh kalis uv

Cermin mata penuh yang ada bingkai pada bahagian dalam, mempunyai fungsi sama seperti cermin mata biasa. Meskipun ia nampak pelik kerana menutupi keseluruhan muka, namun ia memberi kelebihan kepada si pemakai iaitu melindungi kulit wajah daripada terkena sinaran UV yang membahayakan.

 

Dibuat menggunakan bahan jenis polikarbonat dengan ukuran 16.5 x 14.2 sentimeter, ia bukan sahaja mempunyai perlindungan UV, malah juga tahan lasak, kalis kabus, tahan air dan kalis debu.

lupakan sunblock, ini adalah cermin mata penuh kalis uv

Disebabkan fungsinya yang mempunyai perlindungan UV, si pemakai tidak lagi perlu menggunakan pelindung matahari atau sunblock bagi menjaga wajah masing-masing. Malah, pihak syarikat juga berkata cermin mata ini sangat sesuai dipakai selebriti atau artis yang mahukan privasi ketika berada ditempat awam untuk mengelak dari dikenali.

lupakan sunblock, ini adalah cermin mata penuh kalis uv

Cermin mata penuh ini telah pun mula dijual di Amazon Japan pada harga 2,000 Yen, atau kira-kira RM75.08 setiap satu.

 

Sumber: [1]