Sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak negara mulai menutup pintu sempadan serta mewajibkan orang ramai untuk kekal berada dalam rumah masing-masing.
Maka, sejak dari itulah ramai kaki travel yang tidak dapat melancong ke mana-mana lokasi kegemaran mereka dengan menaiki pesawat seperti kebiasaannya.
Disebabkan itu, sebuah syarikat hiasan dalaman dari Korea Selatan, OneRoomMaking mencipta cermin khas kepada mereka yang rindu untuk menaiki pesawat dan melancong ke luar negeri.
Cermin yang didatangkan dengan hiasan lampu LED ini mirip bagaikan cermin tingkap pesawat, memberikan pengguna pengalaman serupa bagaikan sedang melancong.\
Menariknya, cermin khas ini datang dengan dua suasana berbeza iaitu ketika matahari terbit dan matahari terbenam.
Dijual dengan harga 48,000 won (kira-kira RM174.60) setiap satu, rata-rata warganet teruja melihat ciptaan cermin khas ini sambil membayangkan boleh mencipta hantaran di laman sosial kononnya sedang travel ke luar negara.