Bengang Isteri Tiga Kali Kena COVID-19, Lelaki Nekad Ceraikan

Seorang lelaki bertindak menceraikan isterinya selepas isterinya itu tiga kali dijangkiti COVID-19.

bengang isteri tiga kali kena covid-19, lelaki nekad ceraikan

Memetik laporan Gulf News, lelaki yang berasal dari Jordan itu sanggup menceraikan isterinya yang dikahwini selama 15 tahun kerana tidak mahu dijangkiti wabak berkenaan.

 

Menurut hantaran di Facebook, lelaki itu mendakwa isterinya itu sering keluar membeli belah bersama rakannya, hingga menyebabkan wanita itu sering dijangkiti wabak COVID-19.

 

"Saya menceraikan isteri saya dan tidak merujuknya kembali walau apapun terjadi.

"Dia dijangkiti COVID-19 sebanyak tiga kali kerana kerap keluar membeli-belah bersama rakannya.

"Saya tidak mahu mati kerana kecuaiannya itu," katanya.

 

Setakat 12 April, jumlah jangkitan wabak COVID-19 terus melonjak kepada 136 juta dengan kematian kini mencecah 2.9 juta orang di seluruh dunia.

 

Sumber: Gulf News

ARTIKEL BERKAITAN