Wanita Terkejut Cecair Basahi Dinding Rumah Rupanya Air Mayat

Seorang wanita tidak menyangka cecair yang membasahi dinding rumahnya rupa-rupanya adalah cecair dari mayat.

 

Kejadian yang berlaku di wilayah Nonthaburi, Thailand selepas wanita berusia 49 tahun itu mendapati dinding rumahnya basah dengan cecair mengalir melalui siling.

wanita terkejut cecair basahi dinding rumah rupanya air mayat

Beliau pada awalnya menyangka cecair itu adalah sos ikan kerana baunya yang busuk.

 

Difahamkan, wanita itu pergi bercuti pada hujung minggu dan apabila pulang ke rumah pada jam 8 malam, dia terhidu bau busuk dalam apartmentnya.

 

Hasil pemerhatian mendapati terdapat ‘air hitam’ mengalir dari celah siling dan menyebabkan lopak di atas lantai. Ketika itu beliau menyangka ia adalah cecair sos ikan yang ditapai.

wanita terkejut cecair basahi dinding rumah rupanya air mayat

Beliau kemudian membuat laporan kepada pengurus apartment tentang kejadian tersebut dan pasukan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian.

 

Menurut pekerja penyelamat, cecair itu adalah lebih lepada cecair daripada mayat yang sudah reput daripada rumah atas.

 

Susulan itu, beberapa pegawai dari Balai Polis Bang Si Muang tiba dilokasi dan menjumpai mayat seorang lelaki yang dianggarkan meninggal dunia sekitar tiga hari lalu. Polis turut menemui dadah dan picagari dalam bilik itu namun tidak menemui sebarang tanda-tanda pergaduhan atau pergelutan berlaku.

 

Sehingga kini, bau busuk dari cecair mayat itu masih menggangu rumah wanita ini sehingga menyebabkan beliau tidak boleh tidur lena.

 

Sumber : TheThaiger