Cara-Cara Pelik Kejut Sahur

Dalam bulan puasa ni, umat Islam tak boleh lari daripada 'drama' bersahur.
Tapi 'drama' yang paling best untuk kita tengok ialah cara nak kejut orang sahur. Kan?

Jom kita tengok 'drama-drama' yang berlaku ketika bersahur.

1.'Rem' motor dalam asrama!

Video yang viral baru-baru ni dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama di Perlis.?

Punyalah kreatif warden ni, dia bawak masuk motor dalam dorm, lepas tu 'rem'.?

Memang bingit! Tapi setidaknya pelajar-pelajar ni dapatlah bangun sahur lepas tu solat Subuh terus kan?

Rata-rata netizen memuji kekreatifan warden ni.?

Ada juga yang cakap pelajar-pelajar sekolah tu bertuah sebab ada orang kejutkan mereka bangun untuk sahur.?

Tak dinafikan, perkara ni mesti jadi antara memori indah kesemua pelajar ni.

Ni video dia, korang rasa boleh tidur lagi ke kalau macam ni bunyi dia? Hahahaha.

2.Jet pejuang kejut penduduk sahur!

Kalau motor warden asrama tu tak cukup bising, ni ha jet pejuang! Kalau boleh tidur jugak tak tau lah!

Ini merupakan tradisi di Indonesia yang turut disertai Tentera Udara negara itu.?

Tapi tentera mereka bukanlah guna jet pejuang ni semata-mata untuk kejutkan orang sahur.?

Anggota mereka akan membuat latihan ketenteraan menggunakan jet pejuang itu.?

Dalam berlatih tu, mereka kejutkan penduduk sekitar sekali.

Jet pejuang tu akan terbang lebih rendah apabila dekat dengan kawasan penduduk dan diarah menggunakan?afterburner,?yang akan hasilkan bunyi bising.?

Antara kawasan terlibat termasuk beberapa bandar di Pulau Jawa dan Yogyakarta.

3.Bersorak satu kampung!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by viralrepost.id (@viralrepost.id) on

a

Benda ni lebih mudah kalau jiran-jiran korang semua kaki bola atau ultras.?

Ye! Caranya mudah je. Hafal lagu-lagu kelab bola kegemaran masing-masing atau yang rancak, dan tukarlah liriknya supaya bertemakan bangun sahur. Senang kan?

Cuma pastikan kalau-kalau ada antara jiran korang yang mula shif kerja pukul 4 atau 5 pagi.?

Diorang mungkin akan jadi harimau jadian lah kalau korang buat macam ni masa dia nak tidur tu. Hahahaha.

4.Suruh hantu kejut sahur!

Bukan syaitan semua kena ikat ke bulan puasa ni? Habis tu ni semua apa??
Masih di Indonesia, 'hantu-hantu' ni semua diberi tugas untuk kejutkan penduduk kawasan ni untuk bangun sahur.?

Haa, ada lagi tau hantu yang baik dalam dunia ni. Dah la tolong kejut sahur, siap angkat keranda lagi tu! Steady tak steady?

5.Jadi je hantu terus!

Kalau rasa hantu ramai-ramai tu tak sesuai dengan budaya kita, boleh ambil pendekatan yang lebih?personal.?

Jadi je hantu terus dan baring sebelah orang yang kita nak kejut tu. Confirm terkejut!?

Dalam video ni, siap beristighfar kawan tu sebab hantu kejutkan dia bangun sahur. Sampai lari keluar rumah lah!?

Korang yang jadi hantu tu jangan lah kecik hati kalau kawan-kawan lari sampai keluar rumah. Lagi-lagi kalau korang tak pakai?make-up.?

Mungkin dah lebih kurang sama je rupa korang dengan hantu. Hahahahah. Gurau je.

Oleh: Karami Kamel