Jika anda pernah membeli barangan runcit atau barangan dapur di mana-mana pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat atau menggunakan pembahagi barangan pada kaunter bayaran.
Pembahagi barangan ini hanya ada satu fungsi iaitu mengasingkan barang milik anda dengan pelanggan lain di kaunter pembayaran.
Namun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Ryan Vaughan telah mencetuskan perdebatan hangat apabila berkongsi cara betul menggunakan pembahagi barangan iaitu dengan meletakkan ia secara menegak, bukannya melintang seperti yang biasa kita lakukan selama ini.
Ryan Vaughan juga adalah seorang ahli meteorologi berita tempatan, berkongsi cara sebenar menggunakan pembahagi barangan yang mana ia berkesan menghalang sensor dan membahagikan barangan kita dengan pelanggan lain.
“Saya berada di kedai malam ini dan mendapati sesetengah daripada anda tidak tahu cara menggunakan pembahagi. Anda perlu meletakkannya jauh untuk menghalang sensor dan menjaga jarak. Sebahagian daripada anda menggunakannya sebagai pagar privasi,” kata Ryan menerusi hantaran yang memperoleh lebih 13 ribu komen di Facebook.
Meskipun niat asalnya adalah sekadar bergurau, ada pengguna yang bekerja sebagai juruwang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ryan. Ujar Amy Jones, jika ia diletakan secara melintang, mesin tidak berhenti kerana sensor tidak dihalang dengan sempurna.
Apa pula kata anda?
Sumber: Facebook