Ramai Pemandu Huru-Hara, Ini Bulatan Paling Teruk Di Dunia [Video]

Pernahkah anda mengalami kesukaran semasa berada dalam bulatan ketika sedang memandu?

 

Bulatan jalanraya memudahkan pergerakan trafik keluar dan masuk berbanding dengan persimpangan lampu isyarat. Namun terdapat satu bulatan yang dianggap paling teruk di dunia, menyebabkan keadaan menjadi lebih huru-hara kepada pemandunya.

ramai pemandu huru-hara, ini bulatan paling teruk di dunia [video]

Terletak di Poznan, Poland, bulatan itu siap beberapa bulan lalu yang mana ia mempunyai papan tanda yang tidak dapat ditafsirkan serta trem yang bergerak secara zig-zag melaluinya.

ramai pemandu huru-hara, ini bulatan paling teruk di dunia [video]

Pembinaan bulatan yang memakan masa empat tahun itu telah diselar ramai pemandu kerana ia amat mengelirukan dan jalan keluarnya tidak jelas. Ramai pemandu bergelut untuk memandu di bulatan ini, malah mereka turut meminta panduan serta manual arahan bagi tujuan tersebut.

ramai pemandu huru-hara, ini bulatan paling teruk di dunia [video]

“Kekeliruan di bulatan itu berpunca daripada cara papan tanda dicat untuk menyatakan cadangan laluan keluar dan masuk dalam bentuk garisan putus-putus.

“Pemandu-pemandu percaya bahawa lorong pergi ke arah ini (tetapi) apabila mereka pergi, ia bergerak ke arah lain.

“Konflik timbul kerana sesetengah pemandu memandu di sepanjang satu baris dan yang lain di sepanjang barisan yang lain dan semua orang berpendapat mereka memandu dengan betul,” kata sebahagian pemandu di bulatan ini.

 

Sumber: The Sun