Video Bulatan Hitam Pada Langit Ini Buat Pengguna TikTok Tertanya-Tanya

Seorang pengguna aplikasi Tiktok telah membuatkan ramai pengikutnya tertanya-tanya akan kejadian aneh dimana ia menunjukkan satu lingkaran dan bulatan hitam yang terapung di langit.

video bulatan hitam pada langit ini buat pengguna tiktok tertanya-tanya

Pengguna TikTok berkenaan, @finbilly08 berkongsi video kejadian aneh ini dan mendapat lebih 1.9 juta tontonan di aplikasi itu.

video bulatan hitam pada langit ini buat pengguna tiktok tertanya-tanya

Jelas kelihatan pada video terbabit satu lingkaran hitam pada langit yang kelihatan terapung, namun tidak diketahui apakah objek berkenaan.

 

Menurutnya, ia bukan pertama kali berlaku kerana objek yang sama pernah dilihat beberapa bulan yang lalu juga pada ruang angkasa.

 

@finbilly08

 

♬ original sound - user4306900519179

 

Ruang komen pada video berkenaan dipenuhi dengan pelbagai respon dari warganet, dan ada yang mendakwa ia adalah portal atau laluan makhluk asing untuk ke Bumi.

 

Namun ada yang mendakwa ia adalah satu fenomena biasa terjadi pada corong yang membebaskan asap hitam, seperti di kilang. Fenomena ini disebut sebagai pyrotechnic effect.

video bulatan hitam pada langit ini buat pengguna tiktok tertanya-tanya

Sumber: TikTok