Jalan raya menghubungkan antara satu lokasi ke satu lokasi tertentu. Ia memudahkan orang ramai untuk bergerak, dengan ciri jalanraya berbeza termasuklah bulatan, persimpangan dengan isyarat, susur dan lain-lain.
Bulatan adalah salah satu persimpangan tanpa isyarat yang membenarkan pengguna menukar simpang dengan mudah. Kita mungkin biasa dengan bulatan dua, tiga, empat atau lima simpang. Namun pernahkah anda melihat bulatan dengan tiga bulatan?
Itu yang terdapat pada sebuah jalan raya baharu di Isle of Man dekat dekat Douglas menerusi foto atas udara yang membuatkan pengguna disitu menjadi panik.
Mana tidaknya, bulatan yang biasanya mempunyai satu bulatan kini dilihat tampil dengan rekaan baru tiga bulatan, khas buat pengguna motosikal.
Meskipun ia belum dibuka, rata-rata pengguna jalanraya disitu berkata rekaan itu tidak masuk akal, malah akan memeningkan pengguna disitu.
"Bulatan baru ini benar-benar pelik.
"Tidak masuk akal bagi saya, mengapa tidak menempatkan bulatan biasa di sana? Ia (bulatan) membingungkan bagi semua orang.
"Saya bimbang akan berlaku kemalangan di sana kerana bagi sesetengah orang mustahil untuk difahami.
"Mereka akan melakukannya dan tidak tahu apa erti semua garis ini atau ke mana pengguna jalanraya harus pergi. Ini bukan jenis bulatan yang biasa diketahui oleh seseorang,” kata Islander Craig Goffin, individu yang mengambil foto bulatan terbabit.
Menurut Jabatan Infrastruktur, bulatan itu sama fungsinya seperti bulatan biasa, dengan kelajuan dalam bulatan dihadkan kepada maksimum 32km/j.
Sumber: The Sun