Budak Lelaki Tersekat Dalam Pasu, Terpaksalah Si Ibu Pecahkan Sikit-Sikit

budak lelaki tersekat dalam pasu, terpaksalah si ibu pecahkan sikit-sikit

Seorang wanita terpaksa memecahkan sebuah pasu kesayangan selepas anaknya tersekat di dalamnya.

Budak lelaki yang berumur enam tahun itu dikatakan cuba memuatkan dirinya di dalam pasu tersebut. Namun, dia gagal untuk mengeluarkan diri.

Demi menyelamatkan anaknya, terpaksalah si ibu pecahkan. Wanita tersebut memecahkan pasu itu perlahan-lahan agar anaknya tidak tercedera. Kejadian dilaporkan terjadi di Brazil. Nasib baiklah budak itu dapat diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kalau ini berlaku pada anak korang, jangan panik. Seeloknya panggil je pihak bomba untuk selesaikan.

Sumber: The Sun