Ibarat mati hidup semula, itu yang boleh dikatakan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditelan seekor badan air sebelum binatang buas itu memuntahkan kembali mangsa secara hidup-hidup.
Menurut laporan, kanak-kanak berusia dua tahun itu bermain sendirian berhampiran rumahnya di tepi tasik di bandar Katwe Kabatoro dekat Uganda, sebelum badak air yang kelaparan mendekati dan membaham mangsa menggunakan rahangnya yang besar.
Kejadian berlaku pada Ahad yang mana badak itu sempat menelan mangsa sepenuhnya, sebelum seorang saksi kejadian melemparkan batu kepada badak tersebut. Badak yang ketakutan memuntahkan mangsa dan berlalu pergi.
Mangsa yang masih hidup dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Saksi melempar batu ke arah badak air tersebut dan menakutkannya, menyebabkan ia melepaskan mangsa dari dalam mulutnya,
“Dia memberanikan diri untuk menyelamatkan mangsa,” kata Polis Uganda.
Dalam laporan berbeza, badak air telah membunuh sekurangnya 500 orang setahun di Afrika.
Sumber: Kosmo!