Pertama Kali Terjadi, Buaya Betina Di Zoo Ini Telah Hamilkan Dirinya Sendiri

Dalam satu peristiwa yang menakjubkan, seekor buaya di Parque Reptilandia, Costa Rica, dilaporkan telah mengandung tanpa pasangan.

pertama kali terjadi, buaya betina di zoo ini telah hamilkan dirinya sendiri

Kes yang pertama kali terjadi dalam spesis buaya ini juga disebut sebagai parthenogenesis, memperlihatkan fenomena anak yang dicipta buaya itu mempunyai hampir sepenuhnya DNA ibunya.

 

Fenomena yang juga disebut sebagai "kelahiran dara" (virgin birth) pernah dilihat pada haiwan lain seperti burung, ular, dan cicak, namun ia belum pernah dilihat pada buaya sebelum ini.

 

Walaupun buaya tersebut telah bertelur pada tahun 2018, telurnya itu tidak menetas dan akhirnya ia lahir mati. Ini membingungkan penjaga zoo kerana buaya betina tersebut sentiasa dipisahkan dari buaya-buaya jantan lain, maka menjadi persoalan bagaimana buaya itu boleh mengandung.

pertama kali terjadi, buaya betina di zoo ini telah hamilkan dirinya sendiri

Untuk mencari jawapan, penjaga zoo meminta bantuan daripada ahli sains Warren Booth. Beliau telah mengkaji proses parthenogenesis selama lebih dari sepuluh tahun. Setelah mengkaji situasi itu, beliau mengesahkan bahawa anak buaya itu mewarisi hampir seluruh DNA daripada ibunya, membuktikan bahawa tidak ada bapa yang terlibat.

 

Booth menjelaskan kepada BBC bahawa parthenogenesis adalah satu mekanisme yang terdapat dalam pelbagai spesies, yang menggambarkan ia mungkin menjadi sifat purba yang diwarisi dari generasi ke generasi. Beliau juga mengesyaki bahawa spesis dinasour juga mungkin bereproduksi dengan cara yang serupa.

 

Proses parthenogenesis bermula apabila sesuatu spesies membangunkan sel-sel istimewa yang dipanggil gamet. Sel-sel ini terbentuk apabila satu sel khusus dengan dua set kromosom menjalani dua pembahagian, yang dikenali sebagai meiosis. Dalam terma yang lebih mudah, sel itu berkongsi kepada dua bahagian yang lebih kecil dua kali, dan akhirnya bersatu untuk membentuk seorang anak.

pertama kali terjadi, buaya betina di zoo ini telah hamilkan dirinya sendiri

Menarik untuk dibincangkan bahawa manusia juga boleh mengalami proses parthenogenesis ini, tetapi bukan melahirkan anak, sebaliknya ia akan mengakibatkan perkembangan tumor.

 

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Biology Letters.

Sumber: 9News