Selepas satu challenge, challenge yang lain pula menyusul.
Terbaru, Broom Challenge pula mendapat perhatian netizen di seluruh dunia. Malah, tanda pagar Broom Challenge telah trending di Twitter.
Masing-masing memuat naik gambar dan video kemampuan mereka untuk mendirikan sebatang penyapu.
Bagaimanapun, para pengkaji telah mengeluarkan alasan dan sebab mengapa penyapu boleh berdiri tanpa dipegang. Semuanya adalah berkaitan hukum keseimbangan.
Alasannya adalah titik gravity yang ada pada sebatang penyapu adalah rendah. Sebab tu lah penyapu tu boleh berdiri tegak walaupun tanpa dipegang pada bila-bila masa. Jadi, tak payah lah korang percaya dengan alasan menyatakan gravity bumi dah berkuranglah apa lah.
Sumber: Twitter