Brek Cakera Sampai Merah Berasap Bila Lalu Jalan Di Sabah Ini

Pernahkah anda melalui lebuhraya Keningau-Kimanis yang terletak di Sabah?

brek cakera sampai merah berasap bila lalu jalan di sabah ini

Lokasi yang pernah dianggap mistik suatu ketika dahulu kerana dakwa segelintir individu kereta boleh bergerak sendiri menaiki bukit, dan botol minuman boleh bergolek mendaki ke atas bukit.

.

Kedengaran seperti tidak logik, namun itu yang menjadi tular di media sosial beberapa tahun sebelum ini, hingga ada penduduk tempatan yang menganggap lokasi itu keras dan takut untuk melaluinya ketika waktu malam.

brek cakera sampai merah berasap bila lalu jalan di sabah ini

Bagaimanapun fenomena aneh yang terjadi itu hanyalah situasi yang disebut sebagai ‘graviti terbalik’ atau penipuan mata. Kawasan yang dilihat bertanah tinggi itu sebenarnya adalah lebih rendah dan terjadi disebabkan lingkungan bentuk muka Bumi di lokasi berkenaan.

brek cakera sampai merah berasap bila lalu jalan di sabah ini

Jalan sepanjang 53 kilometer itu merupakan jalan utama penduduk dari Keningau ke Kota Kinabalu dengan keadaannya yang tidak terlalu berbukit dan curamnya yang sangat bahaya.

.

Disebabkan keadaan itu, sudah pasti pemanduan menggunakan kereta pasti menjadi satu cabaran, hingga ada yang mengalami keadaan brek cakera keretanya jadi merah berasap kerana sering menekan brek dan tidak biasa dengan pemanduan gear rendah ketika menuruni bukit.

brek cakera sampai merah berasap bila lalu jalan di sabah ini

Perkongsian itu dibuat menerusi laman Facebook TawauKini.

brek cakera sampai merah berasap bila lalu jalan di sabah ini

Berdasarkan perkongsian tersebut, ada netizen yang menceritakan pengalaman serta tips untuk melalui jalan curam dan berbukit seperti ini. Antaranya:

  • Gunakan gear rendah ketika memandu
  • Jangan tekan brek untuk tempoh masa berpanjangan
  • Periksa kenderaan terlebih dahulu sebelum memandu
  • Tidak memandu laju melebihi 80km/j

 

Sumber: [1], [2]