Panik Lihat Wanita Terkandas Tepi Tebing, Bomba Terkejut Bila Tahu Perkara Sebenar

Seorang saksi panik selepas terlihat tubuh seorang wanita berpaut pada sebiji batu besar pada tebing di Pantai Hope Ranch dekat Santa Barbara, California.

panik lihat wanita terkandas tepi tebing, bomba terkejut bila tahu perkara sebenar

Saksi itu kemudiannya pantas menghubungi talian kecemasan 911 dan melaporkan bahawa dia terlihat kelibat wanita terkandas di tepi tebing tanpa peralatan mendaki.

 

Pasukan bomba kemudiannya tiba bersama trak, drom dan kenderaan pelbagai guna bagi tujuan menyelamatkan wanita terbabit. Namun sebaik sahaja proses menyelamat dilakukan, bomba terkejut apabila mendapati wanita yang berpaut itu sebenarnya adalah patung yang digunakan daripada penggambaran filem.

 

“Anggota bomba kemudian tiba bersama trak, dron dan kenderaan pelbagai guna namun terkejut apabila mendapati ‘wanita’ tersebut adalah patung yang digunakan dalam penggambaran filem,” demikian ciapan yang ditulis oleh jabatan itu.

 

Pihak bomba bagaimanapun memuji saksi yang membuat panggilan itu kerana melakukan tindakan yang betul dengan menghubungi 911.

 

“Lebih baik menghubungi kecemasan daripada tidak berbuat apa-apa,” kata jabatan itu lagi.

 

Sumber: [1]