Pelik tapi itu yang benar terjadi di sebuah restoren popular di Scottsdale, Arizona apabila membenarkan pengunjungnya untuk menjilat dinding restoran mereka.
Restoran The Mission telah melakukan perkara itu sejak dari 17 tahun lalu hingga mendapat perhatian ramai khasnya pengunjung dari dalam dan luar negara.
Dinding berwarna merah muda yang dibina sekitar dapurnya adalah diperbuat daripada garam himalaya dan ia boleh serta selamat untuk dimakan.
.
Menurut ketua chef yang bertanggungjawab membawa garam himalaya itu berkata, cara itu telah menambah suasana keseluruhan tempat dan memberi pelanggan suasana baharu menikmati hidangan di restoran tersebut.
Katanya lagi, garam himalaya mempunyai sifat membersihkan diri, malah pekerja restoran itu juga sering mengelap dinding Himalaya setiap hari untuk memastikan kebersihannya.
.
Untuk rekod, garam himalaya adalah garam terbaik di dunia kerana mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. Ia mempunyai rupa yang berbeza dengan garam lainnya, iaitu berwarna merah jambu.
Sumber: [1]